Dengan ilmu yang mendalam di bidang pendidikan dan juga perubatan homeopati, beliau berjaya mengenalpasti punca utama permasalahan lupa iaitu pemakanan strategik. Hasil dari kajian dan penyelidikan tersebut, beliau berjaya merumus produk EXAMO CKM-500; pemakanan strategik untuk sel otak dan saraf, dalam tahun 1978. Formulasi ini adalah kombinasi khusus mineral Kalsium, Kalium dan Magnesium Fosfat yang diproses menurut kaedah Biokimia Pemakanan Schuessler.
Allahyarham kemudiannya, dengan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan, turut merumus beberapa produk sokongan yang lain. Antaranya termasuklah rencana pemakanan kesihatan ibu yang dinamakan Salindah, Staminex, Examo CKM-500 Plus, Matsa, Growell, Susu Bio-Lac dan lain-lain.