Pemasar produk berasaskan Perubatan Komplementari
Era Edar Marketing Sdn. Bhd. menawarkan lebih dari 50 produk yang terdiri daripada kategori Kesihatan, Makanan & Minuman dan Kosmetik & Toiletries yang berasaskan Homeopati, Biokimia, Herbalisma dan Aromaterapi.
Visi
Era Edar Marketing Sdn. Bhd. berusaha untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dalam mempromosi dan memperjuangkan perubatan komplementari untuk memastikan masyarakat yakin, sedar dan menerimanya sebagai suatu pilihan yang paling
berperikemanusiaan dan semulajadi.
Misi
Era Edar Marketing Sdn. Bhd. berusaha untuk meningkatkan status ekonomi ahli – ahlinya melalui pemasaran produk kesihatan berasaskan perubatan komplementari ; Homeopati, Biokimia, Herbalisma dan Aromaterapi, yang sesuai dengan
konsep Halalan Toyyiba sekaligus menguatkan keyakinan dan kepuasan pengguna.
Halatuju
Era Edar Marketing Sdn. Bhd. berusaha meningkatkan kewujudan usahawan yang berprinsipkan Islam, yang bukan berfokuskan keuntungan semata – mata tetapi lebih berfokuskan kebajikan yang merangkumi kesihatan secara menyeluruh kepada pengguna,
kebajikan kepada masyarakat dan meningkatkan ekonomi negara.
Objektif
Era Edar Marketing Sdn. Bhd. menyediakan peluang perniagaan kepada individu yang berminat melalui sistem jualan langsung yang dinamik dengan modal yang minimum tetapi menghasilkan pulangan yang maksimum. Melahirkan usahawan berkualiti,
kreatif, dan berinovasi serta agresif dan berdaya saing. Berusaha melahirkan masyarakat yang sihat fizikal, mental dan emosi dalam memenuhi tujuan hidup yang lebih bermakna agar dapat berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air.